Soalan Lazim

Apa itu NakJualKereta.com?

  • - Ia adalah satu portal iklan jual beli kereta percuma khusus untuk menjual dan membeli kereta di Malaysia. Jika hendak sewa boleh tunggu pelancaran portal iklan kereta sewa akan datang tidak lama lagi.

 

Kenapa NakJualKereta.com diwujudkan?

  • - Memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengiklankan jualan kereta mereka secara percuma sahaja.
  • - Menjadi satu portal rujukan pembeli kereta yang mencari kereta baru atau kereta terpakai.

 

Sudah banyak ada portal iklan kereta di Malaysia? Apa yang unik dengan NakJualKereta.com?

  • - Banyak ruang iklan kereta mengenakan bayaran untuk menyenaraikan iklan kereta. Portal iklan kereta ini adalah percuma.
  • - Banyak ruang iklan kereta tidak dikemaskini. Maklumat iklan sudah lapok. Harga kereta iklan murah, bila telefon jadi mahal pula. Kereta sudah terjual tetapi masih diiklankan. Portal iklan ini benarkan penjual kereta lakukan kemaskini pada bila-bila masa tanpa bayaran atau pertolongan admin.
  • - Enjin carian kereta juga tidak wujud di banyak tempat lain. Iklan hanya disenaraikan begitu sahaja. Pelawat naik bosan tengok senarai iklan kereta panjang berjela.
    NakJualKereta.com ada enjin carian pintar untuk menyenangkan carian pembeli mengikut jenama kereta, lokasi, bajet dan bermacam-macam lagi.

 

Apa keistimewaan enjin carian NakJualKereta.com?

  • - Enjin carian NakJualKereta.com berbeza kerana pembeli boleh cari kereta menggunakan jenama, bandar dan juga negeri.
  • - Contoh terma atau keyword carian adalah seperti model kereta, tahun buat dan sebagainya.
  • - Jenama kereta juga sudah diberi kategori.  Jika kategori jenama tidak wujud, ia boleh ditambah jika ada banyak iklan kereta kategori sama.
  • - Carian mengikut negeri boleh dibuat dengan mengkilik gambar dalam peta Malaysia. Ia lebih sesuai digunakan oleh pelancong yang tidak biasa dengan geografi Malaysia.
  • - Carian juga boleh dilakukan sehingga nama bandar. Sila guna ruangan Advance Search dan bukan masuk nama bandar dalam ruangan keyword. Tetapi jika pengiklan meletakkan alamat penuh mereka dalam ruangan deskripsi iklan, carian bandar di ruangan keyword juga boleh jumpa iklan yang berkaitan. Ini bagi memudahkan anda meninjau kereta apabila sudah berkenan. Ramai pembeli tidak mahu berjalan jauh hanya untuk melihat kereta yang belum tentu nak beli.
  • - Carian juga boleh dilakukan untuk mendapat hasil carian iklan yang ada gambar. Banyak pelawat tidak suka iklan kereta tanpa gambar.
  • - Carian boleh dibuat berdasarkan bajet. Berapa kos yang sanggup dan boleh pembeli belanja samada menggunakan simpanan tunai atau pinjaman bank.

 

Bagaimana cara hendak mengiklan?

  • - Ia adalah sangat senang. Anda cuma perlu daftar menggunakan alamat email yang sah.
  • - Login ke akaun email dan klik pautan kod untuk aktifkan akaun.
  • - Anda akan terus dihantar ke akaun pengiklan dan boleh terus hantar iklan tanpa perlu login. Cuma klik butang "Saya Nak Jual Kereta".
  • - Tiada had jumlah iklan yang boleh anda hantar. Tetapi hanya satu iklan dibenarkan untuk satu kereta. Kenapa perlu hantar iklan yang sama berulang kali?
  • - Harap maklum bahawa iklan pertama anda mungkin akan dipantau oleh admin. Selepas itu iklan anda akan terus keluar selepas hantar. Ini bagi mengelakkan robot spam menghantar iklan sampah.
  • - Penjual kereta hanya perlu hantar iklan sekali. Lepas itu boleh kemaskini iklan dengan login ke akaun. Anda boleh tambah dan buang gambar dan teks pada bila-bila masa anda suka.
  • - Tetapi jika anda merupakan ejen jualan kereta, anda dibenarkan untuk menghantar banyak iklan dengan model-model yang berlainan. Sila kemaskini iklan yang sama jika ada perubahan pada harga dan tawaran-tawaran tertentu. Ini supaya alamat iklan anda yang sudah dipasarkan secara SEO iaitu optimasi enjin carian. Iklan yang sama akan terus menerus menghasilkan pelawat apabila tersenarai. Jika anda buka iklan baru, iklan lama akan dipadam dan anda juga rugi daripada segi SEO.

 

Kenapa perlu daftar? Apa kelebihan mendaftar?

  • - Kami menggunakan sistem verifikasi email semasa pendaftaran untuk elakkan daripada robot spam mencerobohi laman portal NakJualKereta.com ini. Banyak laman portal iklan penuh dengan iklan sampah spam selepas diceroboh robot spam. Selain pertahanan tersebut, kami juga ada sistem captcha bagi menyekat pencerobohan robot spam. Kami harap anda bersabar dengan semua ini, bukan susah sangat pun. Jika laman portal iklan penuh dengan iklan sampah, pelawat juga yang tidak akan berminat untuk datang.
  • - Dengan mendaftar juga anda boleh mengemaskini maklumat iklan apabila terdapat perubahan dimasa akan datang. Anda boleh tambah gambar-gambar terbaru yang lebih cantik selepas anda lakukan pengubahsuaian seperti mengecat kereta dengan warna baru. Kalau iklan keretaa warna lain, sekali bakal pembeli datang jadi warna lain pula memang akan nampak pelik, orang melayu kata cakap tak serupa bikin. Susah nak jual kereta macam tu kerana pembeli akan cap anda tidak jujur.
  • - Senarai aksesori kereta juga boleh dikemaskini jika ada perubahan atau penambahan. Kalau sudah tukar masuk tayar dan absorber baru contohnya.
  • - Paling penting anda boleh buat perubahan harga kereta. Harga kereta jatuh dalam 20% setiap tahun. Kereta bukan aset yang kekal atau naik harga. Anda boleh lakukan semua ini tanpa menghantar iklan baru setiap kali. Iklan sama sahaja yang dikemaskini, jadi alamat URL iklan anda tidak akan berubah. Ini adalah sangat baik untuk kempen pengiklanan SEO (search engine optimization) dalam dunia internet. Jika alamat URL iklan anda tidak berubah, ia akan terus menjadi popular dalam carian internet.
  • - Bagaimana jika anda mahukan privasi dan tidak mahu mengiklankan nombor telefon atau alamat email anda kerana malas diganggu? Sistem pengiklanan kami ada borang perhubungan yang tidak akan berikan bakal pelawat alamat email anda. Semua orang tahu kisah apa yang akan terjadi jika nombor telefon atau email anda menjadi public di portal iklan mudah. Lepas tu pasti anda kena ganggu siang malam dengan sms dan panggilan skim pinjaman ah long, nigerian scam awang hitam dan juga kasanova gila seks (untuk orang perempuan). Jadi terpulang untuk anda pilih mana satu. Kami berikan anda pilihan untuk privasi.

 

Kenapa senarai iklan kereta saya tidak muncul didepan lagi? Bagaimana saya nak iklan saya sentiasa ada didepan?

  • - Jangan risau, iklan anda ada disimpan dalam pengkalan data kami. Pelawat boleh cari menggunakan fungsi Search dan Advance Search.
  • - Jika anda mahu, kami juga akan lancarkan khidmat iklan premium tidak lama lagi. Sila tunggu kemunculan fungsi ini.
  • - Yang pasti iklan ada sudah masuk dalam senarai carian Google dan Yahoo kerana NakJualKereta.com sudah tolong iklankan sekali. Semua percuma.

 

Saya tak pandai nak iklan, boleh tolong saya iklan?

  • - Ini adalah portal iklan kereta percuma. Saya pasti tuan/puan boleh rujuk teks iklan orang lain untuk menulis iklan. Boleh sahaja copy dan paste lepas itu edit iklan orang lain. Yang paling penting untuk mengiklan adalah memberikan tajuk menarik untuk menambat hati pembeli. Jangan malu dan jangan segan untuk tiru daripada iklan orang lain yang bagus. Ini adalah satu teknik pemasaran.
  • - Apa tujuan anda jual kereta? Ia bukan untuk suka-suka tetapi untuk mencari duit. Ceritakan mengenai kondisi kereta anda selengkapnya. Pembeli berminat nak tahu. Tak pandai karang ayat, boleh tiru orang lain dahulu tetapi ubahlah mengikut keadaan sebenar. Kalau ayat iklan kereta BMW anda guna untuk iklan kereta Myvi, tidak sesuai pula kalau tidak ubah.
  • - Sila gunakan terma-terma istimewa yang bakal di cari pelawat. Contoh keyword yang dimaksudkan adalah seperti "tidak pernah kemalangan", "pemandu cermat", "pemilik rajin basuh kereta", "kereta seperti baru", "sudah tukar alat ganti baru", "enjin dijaga cantik","pemilik tidak merokok", "mileage rendah". Jangan gunakan terma-terma ini jika ia tidak berkaitan. Tak pasal-pasal anda kena maki nanti dengan orang. Jangan menipu dan iklanlah dengan berhemah.

 

Kenapa perlu letak gambar? Saya tidak ada gambar, susahlah.

  • - Susah ke? Anda sangat rugi jika tidak mengiklan dengan gambar. Pepatah orang putih kata "A picture is worth a thousand words". Jadi gunakanlah gambar untuk  mengiklan. Saya janji iklan anda akan jadi lebih menarik.
  • - Jangan ambil gambar "tangkap muat" atau asal boleh. Cari kawan yang pandai ambil gambar. Upah jurugambar profesional jika perlu. Lagi cantik dan menarik gambar kereta anda, lagi banyak pembeli akan tertawan untuk membeli kereta anda. Kalau harga mahal sikit pun, tetapi ia lebih menarik saya pasti pembeli akan klik dan pilih iklan anda.

 

Kenapa perlu letak video youtube? Saya tidak ada video, malaslah nak letak.

  • - Menjual kereta menggunakan video iklan anda sendiri. Nak bayar iklan TV sudah tentu kos dia mahal. Jadi upload ke Youtube sahaja. Lepas tu kongsikan pautan disini dan mana-mana tempat yang sesuai. Lepas sudah jual kereta boleh padam video.
  • - Jangan kerana anda tiada video terus tak jadi hantar iklan. Boleh hantar dahulu. Lepas ada video, boleh datang semula dan kemaskini iklan anda.
  • - Ambil masa sekejap pada cuti hujung minggu untuk bersihkan kereta. Lagi bagus kalau boleh hantar kereta polish dan wax sekali sebagai pelaburan.
  • - Rakam video guna smartfon. Pastikan anda set kualiti video kepada HD atau Full HD. Anda hendak menjual kereta dan berikan pandangan perspektif penuh kereta anda luar dan dalam.
  • - Walaupun ia adalah video amatur, pastikan video nampak profesional dengan mendapat cahaya yang cukup. Jangan rakam waktu malam. Sebaiknya rakaman dilakukan pada waktu pagi.
  • - Kalau tak pandai nak cakap-cakap, boleh masukkan muzik menggunakan aplikasi dalam Youtube. Nak edit video pun boleh dalam Youtube.

 

Apa itu City Area? Poskod ke?

  • - Bukan poskod. Entah saya pun tidak berapa pasti. Sistem ini sudah memang macam tu. Saya nak buang pun tak reti dan takut nanti sistem rosak.
  • - Anda boleh masukkan nama daerah atau mukim. Semua maklumat dimasukkan bagi menyenangkan pencarian.

 

Kenapa alamat penuh yang dimasukkan tidak dipaparkan kepada pelawat?

  • - Seperti saya sebutkan diatas. Sesetengah orang amat pentingkan privasi dan tidak mahu diganggu. Mungkin ada penjual yang hanya mahu berikan alamat kepada bakal pembeli bagi mereka yang betul-betul berminat sahaja.
  • - Alamat penuh cuma digunakan untuk menjana peta Google maps.
  • - Jika anda mahu lokasi kereta anda dipaparkan, sila tulis dalam ruangan deskripsi.

 

Bagaimana saya nak cari kereta nak beli?

  • - Sila gunakan fungsi carian kereta berdasarkan keyword tertentu seperti "kereta viva murah", "kereta preve tahun 2010", "myvi women owner", "milik muslim", "tidak pernah kemalangan", "cat baru", "kereta  sambung bayar", "nak jual cepat". Pengiklan akan menggunakan terma-terma ini dalam iklan mereka dan fungsi carian akan menemukan kereta dengan ciri-ciri tersebut.
  • - Sila masukkan kategori iaitu jenama kereta pilihan.
  • - Anda juga boleh buat pilihan berdasarkan negeri lokasi penjual.


Bagaimana cara untuk padam iklan saya? Saya sudah berjaya jual kereta.

  • - Anda boleh login ke akaun dan padam iklan anda.
  • - Jika ada masalah,  anda boleh hubungi admin dengan menggunakan alamat email yang sama dengan akaun anda.
  • - Admin cuma akan layan permintaan memadam iklan daripada pengiklan. Jika permintaan datang daripada orang lain, admin tidak akan layan.