Iklan Premium

Risau iklan kereta anda tidak terpampang di muka depan laman web NakJualKereta.com?

Anda mahu iklan kereta keluar di muka depan dan senarai teratas setiap kali orang mencari kereta?

Sekarang anda boleh pastikan iklan anda sentiasa nampak dengan menggunakan fungsi senarai iklan premium. Bagaimanakah fungsi senarai iklan premium ini berjalan?

Kini anda boleh cuba dahulu iklan premium secara percuma selama 2 hari. Jika anda suka baru buat bayaran untuk pakej sebulan. Oleh kerana itu kami cuma benarkan anda menghantar satu iklan sahaja untuk setiap kereta yang hendak dijual. Anda tidak boleh hantar iklan kereta yang sama berkali-kali.

Sila rujuk tutorial bergambar di bawah:

 

iklan kereta premium 1

Anda perlu login ke akaun terlebih dahulu. Selepas itu sila klik pautan "My account" seperti gambar di atas.

 

iklan kereta premium 2

Di bar navigasi sebelah kiri ada satu opsyen untuk cuba iklan premium secara percuma selama 2 hari. Sila klik opsyen tersebut.

 

iklan kereta premium 3

Jika anda ada lebih daripada satu iklan, sila pastikan iklan mana yang anda hendak cuba untuk opsyen iklan premium. Setiap iklan mendapat peluang menggunakan fungsi iklan premium ini sekali sahaja. Hanya tekan butang berkenaan jika anda betul-betul pasti.

 

iklan kereta premium 4

Notis iklan kereta anda sudah diaktifkan masuk dalam senarai iklan premium.

 

iklan kereta premium 5

Anda akan perasan bahawa iklan kereta  anda sudah ada simbol bintang menandakan ia sudah masuk dalam senarai iklan premium. SIla rujuk muka depan dan senarai carian kereta.


Iklan kereta anda cuma akan menjadi premium selama 2 hari secara percuma. Jika anda mahu iklan kereta anda terus menjadi premium, sila hubungi kami menggunakan borang perhubungan atau alamat email admin@nakjualkereta.com dengan tajuk "Iklan Premium".

Pakej Iklan premium:

  • RM30 untuk 30 hari (1 hari bersamaan RM1 sahaja)