Cara Kemaskini Iklan

Ini adalah cara kemaskini iklan kereta anda. Kenapa perlu kemaskini iklan kereta? Mana tahu ada maklumat kereta yang sudah tidak sama lagi. Contohnya seperti mileage kereta. Anda juga mungkin hendak turunkan harga kereta. Selain itu anda boleh tambah atau tukar gambar kereta. Sila rujuk tutorial bergambar ini sebagai panduan kemaskini iklan kereta anda.

 

kemaskini iklan kereta 1

Klik pada iklan anda. Tidak cantik iklan tanpa gambar kereta. Iklan kereta anda mungkin akan diabaikan oleh pembeli.

 

kemaskini iklan kereta 2

Pastikan anda sudah login ke akaun dahulu. Lepas itu sila klik pada pautan "Edit item" di atas iklan.

 

kemaskini iklan kereta 3

Klik pada butang warna pink untuk upload gambar kereta.

 

kemaskini iklan kereta 4

Buat pilihan gambar satu per satu.

 

kemaskini iklan kereta 5

Gambar akan dimuat naik ke server. Jika anda mahu tukar gambar, anda boleh tekan pautan "Delete" untuk padam gambar dahulu.

 

kemaskini iklan kereta 6

Masukkan captcha untuk elakkan robot spam dan tekan butang "Update".

 

kemaskini iklan kereta 7

Iklan anda sudah pun dikemaskini.

kemaskini iklan kereta 8

Iklan kereta lebih cantik dengan gambar. Bakal pembeli kereta akan tertarik untuk klik iklan kereta anda sekarang. Semoga anda berjaya menjual kereta dengan cepat.